Maraton Vienna
Maraton Vienna

Maraton Vienna

Maraton Vienna merupakan acara perlumbaan maraton yang dianjurkan setahun sekali dan para petanding perlu berlari sejauh 42.195 km yang diadakan di Vienna, Austria sejak 1984. Edisi pertama diadakan pada 25 Mac 1984 dengan jumlah 794 peserta. Ini merupakan acara perlumbagaan maraton terbesar Austria dan pada 10, ia telah mencapai rekod tertinggi dengan 32,940 pelumba dari 108 negara pada hari perlumbaan.[1]Maraton ini bermula dari Pusat Antarabangsa Vienna, kemudian terus ke Reichsbrücke sebelum menuju ke simpang Praterstern di sebelah kiri terusan Danube, kemudian berlari terus Ringstraße sehingga ke Rumah Opera Vienna. Selepas menyeberangi sebelah kiri tebing sungai Wien, Wienzeile sehingga ke Istana Schönbrunn, laluan itu kemudian kembali ke Heldenplatz (melalui Mariahilferstraße) di mana separuh perlumbaan maraton tamat. Selepas itu, para pelumba teruskan pelarian ke Rathaus, Alsergrund dan Friedensbrücke, perlu menyeberangi Reichsbrücke sekali lagi untuk menuju ke Prater sekali lagi. Selepas melepasi Ernst-Happel-Stadion dan Lusthaus, laluan yang membawa ke Franzensbrücke dan Ringstraße, di mana pelari mencapai garisan penamat di Heldenplatz.